Saturday 16 March 2013

Munafiqnya Makhluk Bernama Anwar Ibrahim



Seperti sudah menjadi lumrah, tiap kali Anwar membuka mulutnya di luar negara atau berdepan dengan media antarabangsa pasti akan ada kenyataan yang bercanggah dengan pendiriannya ketika berceramah dan berdepan dengan rakyat negara ini. Terbaru, ketika bercakap kepada The Sydney Morning Herald (SMH), Anwar memberitahu, beliau bersedia menyokong operasi kilang Lynas sekiranya siasatan awam mengesahkan operasi kilang tersebut benar-benar selamat.


Selain dari itu sebelum ini ketika ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal(WSJ) Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel yang akhirnya menimbulkan kemarahan dan kecaman masyarakat di Malaysia.

Manakala ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010, Anwar secara jelas menyatakan pendiriannya menyokong fahaman ‘pluralisme’. Ia merupakan satu ideologi yang menyamaratakan semua agama dan tidak ada mana-mana agama yang lebih benar daripada agama lain.

Pendirian yang mengatakan semua agama adalah benar adalah merupakan satu pendapat yang di tolak oleh Islam dan mereka yang mengambil pendirian tersebut boleh dikategorikan sebagai MURTAD.

Ia hanya merupakan satu contoh kecil yang pendirian Anwar yang boleh di ibaratkan sebagai ‘sesumpah’ dan munafik. Ini kerana ketika berdepan dengan satu golongan kenyataan Anwar akan selari dengan pendirian kumpulan tersebut dan akan berubah sekiranya berhadapan dengan kumpulan yang lain.

Namun apabila di persoalkan, Anwar dengan pantas akan mengatakan ia adalah merupakan salah BN/Umno, walaupun bukti dan fakta jelas menunjukkan ia adalah merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar.

Sebagai contoh mudah, kenyataan berhubung pluralisme adalah merupakan ucapan yang diambil dari blog rasminya dan bukannya diperolehi dari sumber lain. Masakan teks ucapan yang dikeluarkan oleh pihaknya sendiri boleh dikaitkan dengan BN/Umno?

Apabila sesuatu isu dilihat mendapat bantahan dan kecaman dari masyarakat maka Anwar dengan pantas akan mencari isu lain yang boleh digunakan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat. Manakala ketika menyampaikan ceramah dia akan segera mengulas pendek bagi mempengaruhi masyarakat bahawa dirinya adalah merupakan mangsa fitnah.

Dengan berbekalkan beberapa baris ayat Al-Quran yang digunakan sebagai selingan, nama tokoh-tokoh Islam seperti Yusuf al-Qaradawi pula akan ‘dilacurkan’ semata-mata untuk memastikan para penyokongnya terus terpedaya.

Lihat sahaja bagaimana dia memperbodoh dan mengunakan Hadi Awang sebagai ‘kambing hitam’ berhubung isu kalimah Allah. Apabila melihat tentangan hebat dari majoriti masyarakat Islam dengan pantas kesalahan diletakkan keatas bahu Presiden Pas itu.

“Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang lalu, meneliti kenyataan Presiden Pas, dan kami ambil pendirian untuk menyatakan persetujuan kenyataan Presiden Pas yang memberikan ruang tetapi memberikan juga peringatan supaya jangan disalah tafsir atau disalahgunakan,”.

 “Kita ikut Presiden Pas, dia bentang balik dalam (mesyuarat) Pakatan..Kalau Presiden Pas, dia bawa balik apa-apa isu nak dinilai semula, dia (sepatutnya) bawalah (tapi) dia tak bawa.

Kesimpulannya, selagi cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri belum tercapai, maka masyarakat khususnya para penyokongnya akan terus tertipu dan dipedaya dengan dakyah-dakyah songsang yang adakalanya jelas bertentangan dengan akidah.

Ia selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin Malik ra, “Dua ekor serigala yang dilepas kepada seekor kambing tidak lebih parah kerosakannya bagi kambing itu, bila dibandingkan ketamakan seseorang terhadap harta dan pangkat-kedudukan dalam merosakkan agamanya.” (At-Tirmidzi).

8 comments:

  1. SEDANGKAN TV3SUKU, UTUSANG SERTA BERITA HAIRAN PN RAKYAT DH X PERCAYA, INIKAN PULA BLOQ MCM NI... SEDAR2 LAH...

    ---UBAH SEKARANG-SELAMATKAN MALAYSIA---

    ReplyDelete
    Replies
    1. x percaya??... hahahah tapi baca juga siap komen gi

      Delete
    2. hei Muhammad...yang duduk bersembang dengan Nur Misuari tu sapa? uncle kau ke?....dah terang lagik bersuluh...ada hati nak tegak benang yang basah...Malaysia memang dah selamat pun...tapi SUARAM dari Uncle Anuar kau tu yang donate kepada kerajaan Sulu untuk serang Sabah...bikin Malaysia menjadi kucar-kacir...Kau ni buta kah....dasar org tak berpelajaran mudah menerima sogokan dan juga hasutan daripada pihak munafik seperti pemimpin yang kau sayangi tu....pi bla lah kau bersama pengganas sulu...

      Delete
  2. kalau lah anuar nie peyokong kuat umno lah...sudah tentu dijulang dan di smbut dgn baik malah umpama menatang miyak yg penuh...menutup semua kegiatan2 rasuah dlm patri BN...tetapi anuar ni mendedahkan pekara2 dan isu2 yg berbangkit tentang economi dan keselamatan juga rasuah negara..sebb itu lah beberapa pihak rasa tidak senang hati dan rasa tergugat pada kedudukan mereka...kebenaran akan tersebar lah tak lama lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum saudara Lan, Saya setuju Anuar ni mendedahkan perkara2 dan isu2 yg berbangkit tentang ekonomi dan keselamatan juga rasuah negara . . TAPI cuba saudara Lan fikir sejenak, kenapa setelah beliau dipecat baru nak dedahkan???? . . Adakah saudara Lan fikir dia akan dedahkan semua ini sekiranya insiden pemecatan beliau tidak berlaku??? Cuba fikirkan dalam sudut rasional. Sudah menjadi lumrah manusia akan cuba menuding jari kearah org lain utk menutup kesalahan sendiri . . Kalau beliau benar2 seorg pemimpin yg jujur ikhlas & bersih utk rakyat kenapa perlu takut utk dedahkan semasa memegang jawatan . . tentu tidak kerana takut jawatan hilangkan. Pemimpin yg benar dan jujur takkan takut kehilangan jawatan . . ramai org tahu lebih2 lagi yg berniaga dlm construction, kalau nak dpt projek besar kalau tak sehaluan dgn kuncu2 (runner) beliau takkan dpt . . tak payah lah beliau nak tuduh org kroni sana sini sdgkan beliau pun sama malah lebih teruk lagi . . Cuba buat sedikit penyelidikan semasa beliau memegang jawatan dulu apa fenomina semasa dlm dunia construction (mega project) . . mungkin saudara Lan masih dibangku sekolah lagi masa tu jadi tak tahu apa2 dunia kroninisma masa tu . . Wassalam

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam perjuangan..Mohon tuan/puan pautkan blog saya di http://metromalaya.blogspot.com/ Blog Tuan/puan telah saya pautkan,t.kasih..

    ReplyDelete
  5. mohon paut kan sekali blog saya yer tuan. :D

    ReplyDelete