Thursday 21 March 2013

GAY Atau Bisex?? Anwar Gagal Jawab Soalan Mudah


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbolak dalih menyatakan status orientasi dirinya sebenarnya sama ada ‘dia homoseksual atau biseksual’ semasa ditemubual dalam satu sesi rakaman video bersama penyampai radio BFM 89.9 Noelle Lim baru-baru ini. Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sumber Kamus Pelajar Edisi Kedua ‘berbolak-balik’ ditakrifkan bercakap dengan tidak tetap atau berubah-ubah, berputar belit; Dia ~ dlm mempertahankan tindakannya itu’.


Kewajiban melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang melata diatas muka bumi Allah ini.

Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.

Maka tidak hairanlah, Islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para imam yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama Allah daripada terus dicemari. Sabda Rasulullah S.A.W dalam hadisnya:

 ”Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil” (Riwayat Tarmizi).

Berdasarkan bukti pada rakaman video tersebut,  Anwar jelas tidak layak menjadi pemimpin negara ini. Anwar yang selama ini dikenali serta diketahui umum kerana kepetahannya dalam ceramahnya, dicanang antara pemidato terbaik negara secara tiba-tiba ‘terkedu’ sehingga ‘berbelit belit lidahnya’ menjawab satu soalan asas berbentuk dwi pilihan ‘Ya atau Tidak’ dalam rakaman video berdurasi 10.09 minit itu.

Jika perhatikan rakaman video  pada minit 06.00 hingga 08:18, jelas memaparkan raut wajah Anwar berubah serta merta, gerakan badan serta intonasinya cuba ‘memusing jawapan’ mengalihkan fokus serta konsentrasi penyampai radio berkenaan.

Oleh kerana tidak mahu Anwar melalut lebih lama, buat kali keduanya penyampai radio wanita itu terpaksa memotong percakapan beliau dan bertanyakan jawapan ‘Ya atau Tidak’.

Anwar langsung tidak mengendahkan soalan tersebut sebaliknya menukar topik menyebabkan penyampai radio mengulangi soalan kali ketiga dalam nada tegas meminta Anwar menyatakan pendiriannya.

Memetik sepotong kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin – Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam;

“Sungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya

“Dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad’afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka”.

Menyentuh aspek psikologi pula, ia adalah terlalu jelas bahawa Anwar telah gagal untuk mengekalkan hubungan mata dengan penyampai radio tersebut dan ada ‘kesunyian janggal’ yang diikuti oleh ‘kegagapan’ sekejap pertuturannya.

Sseorang ahli psikologi yang pakar dalam bahasa badan tingkah laku boleh mengesahkan urutan ini sikap sebagai tanda bagi orang-orang yang ‘terpedaya’

Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani antaranya Islam iaitu pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam.

Kedua adil iaitu sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam.

Ciri ketiga pula, golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi, manakala ciri keempat melaksanakan hukum Allah serta bersikap sama rata dan terakhir sekali tidak berlaku zalim.

Rakyat harus memilih calon pemimpin negara mempunyai sifat  berani, bermaruah.  keberanian yang harus dimiliki ialah ketetapan dan ketahanan hati, taat kepada ALLAH, tidak ada wahn (cintakan dunia dan takut mati), berani berterus terang dalam menyatakan yang haq, pandai menyimpan rahsia, sanggup mengakui kesilapan, insaf terhadap diri dan mampu mengawal kemarahan.

Buat Anwar Ibrahim, ‘THAT’S NOT A TOUGH QUESTION AT ALL!!!!!



UTAMA ARTIKEL BERITA GALERI MEDIA SOSIAL HUBUNGI KAMI POLITIK Anwar Khianat- Runding Dengan Sulu Tentang Sabah




Pengkhianatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam krisis keselamatan di Lahad Datu yang menggugat kedaulatan negara semakin terserlah berdasarkan kepada beberapa perkembangan.

Berlandaskan reaksi dan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka nampaknya tidak mahu krisis keselamatan itu berakhir tetapi sebaliknya mahu ia berterusan.

Tujuannya ialah supaya keadaan politik dan keamanan di negeri Sabah menjadi kelam kabut sehingga menimbulkan keadaan huru hara menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Inilah sebenarnya yang dirancang oleh Anwar apabila bertemu dengan kumpulan pemisah Moro, Nur Misuari beberapa bulan lalu.

Sementara Anwar tidak henti henti memainkan isu-isu berkaitan Sabah seperti kehadiran pendatang asing, kad pengenalan kepada pendatang asing, royalti minyak, balak dan sebagainya, Misuari bersama-sama puak yang berlakon sebagai pewaris kesultanan Sulu pula bersiap sedia menyerang Sabah.

Bukan sahaja pengganas Sulu sudah menyebabkan 10 anggota keselamatan Malaysia terbunuh, tetapi kini dengan angkuh dan sombong tidak mahu sebarang gencatan senjata diadakan.

Bagaimana segerombolan kecil pengganas begitu berani meneruskan tindakan ganas mereka sekiranya mereka tidak mendapat sokongan daripada pihak pembangkang di negara ini.

Komplot pembangkang dengan pengganas Sulu semakin jelas apabila pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan mengadakan perbincangan dengan pihak kesultanan Sulu mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah.

Sememangnya Anwar sudah berkomplot dengan puak pengganas untuk menerima tuntutan mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang pada peringkat pusat dalam PRU13 kelak.

Pada permukaannya Anwar seolah-olah prihatin kepada tuntutan puak kesultanan Sulu terhadap tuntutan mereka ke atas Sabah tetapi motif sebenar ialah untuk memisahkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia.

Anwar sebenarnya ingin menjayakan agenda untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri Kristian di tengah-tengah Nusantara.

Seperti pemisahan Timor Timor daripada Indonesia pada 1999, Sabah juga ingin dijadikan salah satu pusat utama Kristian di rantau untuk mengekang pengaruh besar Islam dan kekuatan umat Islam.

Kini Anwar juga menggunakan Misuari untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia menjajah Sabah.

Apabila kerajaan tidak melayan tawaran beliau untuk menjadi orang tengah dalam kemelut keselamatan di Lahad Datu, Misuari terus menunjukkan belang sebenarnya yang mahu perang berpanjangan.

Pengkhianatan Anwar untuk memusnahkan Malaysia tidak boleh dibiarkan lagi.

Sebelum ia merebak menjadi barah yang tidak boleh dikawal, kerajaan hendaklah bertindak terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang.

Pembangkang juga ingin mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Filipina dengan memfitnah pihak keselamatan kononnya berlakunya kekejaman terhadap rakyat negara itu.

Namun pembangkang terus menikus dan tidak berkata sepatah pun untuk menunjukkan mereka prihatin terhadap nasib keluarga anggota keselamatan yang mati terkorban.

Malah pemimpin Pas yang jahil dan kolot bernama Harun Taib pula mempertikaikan status kematian anggota keselamatan yang beragama Islam dengan mengatakan mereka hanyalah ‘syahid dunia’.

Bagi mereka hanya Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sahaja yang benar-benar syahid kerana menentang kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

Dengan mendakwa apa yang berlaku di Sabah adalah sandiwara UMNO dan cara kerajaan untuk mengalihkan pandangan daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing, pemimpin PKR seperti Tian Chua sudah pada awal-awal lagi cuba meracun pemikiran rakyat.

Kenyataan itu bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi adalah sudah dirancang untuk memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan negara dengan matlamat untuk menurunkan semangat juang mereka.

Strategi Anwar untuk menarik keluar Sabah daripada Malaysia akan memakan dirinya sendiri.

Ini kerana kerajaan sedang dalam proses mengumpul sebanyak mungkin maklumat perisikan untuk membongkar dalang atau pihak yang menggaut keuntungan daripada krisis ini.

Apa yang berlaku di Lahad Datu bukan berlaku secara spontan atau tanpa sebarang motif tetapi adalah rancangan licik yang melibatkan pembangkang, puak pemisah, kesultanan Sulu dan gerakan antarabangsa Zionis-Yahudi.

Kiram dan geng bersenjatanya hanyalah kuda tunggangan yang tidak mempunyai apa-apa nilai tetapi berguna setakat untuk dieksplotasikan kebodohan dan kejahilan mereka.

Sumber - SUARA GENERASI BARU

Saturday 16 March 2013

Munafiqnya Makhluk Bernama Anwar Ibrahim



Seperti sudah menjadi lumrah, tiap kali Anwar membuka mulutnya di luar negara atau berdepan dengan media antarabangsa pasti akan ada kenyataan yang bercanggah dengan pendiriannya ketika berceramah dan berdepan dengan rakyat negara ini. Terbaru, ketika bercakap kepada The Sydney Morning Herald (SMH), Anwar memberitahu, beliau bersedia menyokong operasi kilang Lynas sekiranya siasatan awam mengesahkan operasi kilang tersebut benar-benar selamat.


Selain dari itu sebelum ini ketika ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal(WSJ) Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel yang akhirnya menimbulkan kemarahan dan kecaman masyarakat di Malaysia.

Manakala ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010, Anwar secara jelas menyatakan pendiriannya menyokong fahaman ‘pluralisme’. Ia merupakan satu ideologi yang menyamaratakan semua agama dan tidak ada mana-mana agama yang lebih benar daripada agama lain.

Pendirian yang mengatakan semua agama adalah benar adalah merupakan satu pendapat yang di tolak oleh Islam dan mereka yang mengambil pendirian tersebut boleh dikategorikan sebagai MURTAD.

Ia hanya merupakan satu contoh kecil yang pendirian Anwar yang boleh di ibaratkan sebagai ‘sesumpah’ dan munafik. Ini kerana ketika berdepan dengan satu golongan kenyataan Anwar akan selari dengan pendirian kumpulan tersebut dan akan berubah sekiranya berhadapan dengan kumpulan yang lain.

Namun apabila di persoalkan, Anwar dengan pantas akan mengatakan ia adalah merupakan salah BN/Umno, walaupun bukti dan fakta jelas menunjukkan ia adalah merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar.

Sebagai contoh mudah, kenyataan berhubung pluralisme adalah merupakan ucapan yang diambil dari blog rasminya dan bukannya diperolehi dari sumber lain. Masakan teks ucapan yang dikeluarkan oleh pihaknya sendiri boleh dikaitkan dengan BN/Umno?

Apabila sesuatu isu dilihat mendapat bantahan dan kecaman dari masyarakat maka Anwar dengan pantas akan mencari isu lain yang boleh digunakan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat. Manakala ketika menyampaikan ceramah dia akan segera mengulas pendek bagi mempengaruhi masyarakat bahawa dirinya adalah merupakan mangsa fitnah.

Dengan berbekalkan beberapa baris ayat Al-Quran yang digunakan sebagai selingan, nama tokoh-tokoh Islam seperti Yusuf al-Qaradawi pula akan ‘dilacurkan’ semata-mata untuk memastikan para penyokongnya terus terpedaya.

Lihat sahaja bagaimana dia memperbodoh dan mengunakan Hadi Awang sebagai ‘kambing hitam’ berhubung isu kalimah Allah. Apabila melihat tentangan hebat dari majoriti masyarakat Islam dengan pantas kesalahan diletakkan keatas bahu Presiden Pas itu.

“Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang lalu, meneliti kenyataan Presiden Pas, dan kami ambil pendirian untuk menyatakan persetujuan kenyataan Presiden Pas yang memberikan ruang tetapi memberikan juga peringatan supaya jangan disalah tafsir atau disalahgunakan,”.

 “Kita ikut Presiden Pas, dia bentang balik dalam (mesyuarat) Pakatan..Kalau Presiden Pas, dia bawa balik apa-apa isu nak dinilai semula, dia (sepatutnya) bawalah (tapi) dia tak bawa.

Kesimpulannya, selagi cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri belum tercapai, maka masyarakat khususnya para penyokongnya akan terus tertipu dan dipedaya dengan dakyah-dakyah songsang yang adakalanya jelas bertentangan dengan akidah.

Ia selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin Malik ra, “Dua ekor serigala yang dilepas kepada seekor kambing tidak lebih parah kerosakannya bagi kambing itu, bila dibandingkan ketamakan seseorang terhadap harta dan pangkat-kedudukan dalam merosakkan agamanya.” (At-Tirmidzi).

Apa Itu ESSCOM & Kepentingannya Kepada Sabah





 Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kesediaan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali sebagai ESSCOM ( Eastern Sabah Security Command).

Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna baru-baru ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada penubuhan kawasan keselamatan khas ini.

Sebanyak lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di pantai timur Sabah meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.

Kawasan yang sebegini panjang dan luas sememangnya terdedah kepada risiko keselamatan dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar dari insiden pencerobohan itu sebagai pengajaran berguna.

Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini. Dari sudut lain, kebanjiran pendatang asing juga akan dapat di kekang.

Kewujudan ESSCOM juga selain bermatlamat untuk membendung pencerobohan di Lahad Datu dari terus berulang di masa depan, di masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para pelabur yang sebelum ini telah menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.

Sekitar tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.

Justeru itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini mampu mencapai matlamatnya sama seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan semula ketenteraman dan merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.

SUMBER - SUARA GENERASI BARU

Friday 1 March 2013

Krisis Lahad Datu- Kronologi Kejadian


KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. - Suara Generasi Baru

PRU-13: Azwan Ali Sahkan Mahu Jadi Calon Bebas


PETALING JAYA: Kerana percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Azwan, 47, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.

“Ya… saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.

“Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti,” katanya kepada mStar Online.

Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.

Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.

“Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri,” katanya lagi.

Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.

“Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” katanya.

Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

Enggan Ulas Kontroversi, Hanya Tumpu Kerjaya Shila – ND Lala


HULU LANGAT: Bapa penyanyi popular Shila Amzah, 23, ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, 52 enggan mengulas kontroversi berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengenai kehilangan anaknya itu kerana ia masih dalam siasatan.

Menurutnya, tumpuan kini adalah untuk persiapan menjalani umrah sekeluarga selama dua minggu bermula 7 Mac ini selain persediaan terhadap perkembangan kerjaya Shila ke peringkat antarabangsa.

“Saya dinasihatkan tidak mengulas apa-apa tentang perkara itu selagi ia dalam siasatan selepas laporan polis berhubung kes kehilangan Shila tempohari.

“Bagi saya biarlah utamakan perkembangan kerjayanya kerana selepas pulang dari Mekah Shila akan terbang ke Shanghai dan menetap disana beberapa bulan,” katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat sempena penubuhan Shila Entertainment Berhad, di sini, Jumaat.

ND Lala berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemelut antaranya dengan kekasih Shila, Shanaaz Ahmad yang hangat diperkatakan minggu lalu.

Terdahulu, ND Lala yang juga pengurus kepada penyanyi tersebut meminta agar media hanya mengemukakan soalan tentang kerjaya seni dan topik lain hanya akan dijawab selepas pulang dari menunaikan umrah.

“Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama 6 tahun bersama Shanghai Media Groub (SMG),” katanya.

Mengulas mengenai apa yang berlaku, dia berkata, ia adalah satu dugaan terbesar ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada Allah menentukan segalanya.